SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN 2011

Posted by WebMaster Thursday, August 25, 2011 0 comments


Selamat Hari Raya dari admin SMK Kalumpang. Di kesempatan ini juga admin ingin memohon ribuan ampun dan maaf andainya ada artikel yang menjengkelkan yang admin terlepas pandang sehingga menyentuh hati dan perasaan para pembaca.

Jom kita sama-sama meriahkan portal ini dengan ucapan selamat hari raya dalam ruangan 'Sembang jap dan komen'. Hadiahkan ucapan anda kepada guru-guru, rakan-rakan, ibu-bapa mahupun saudara-mara anda. Selamat menyambut 1 syawal!

| edit post

GURU YANG BERTUKAR 2011

Posted by WebMaster Wednesday, July 27, 2011 0 comments

DALAM INGATAN

1. PUAN RITA
GURU BAHASA INGGERIS
BERTUKAR KE SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4

2. EN .BADRI
GURU BAHASA INGGERIS
BERTUKAR KE SMK SERENDAH
KINI BERTUGAS DI PPD HS

3. PN. SHAMSIAH
GURU SAINS SUKAN
BERTUKAR KE SMK ... RAWANG

| edit post

SELAMAT HARI GURU 2011

Posted by WebMaster Tuesday, May 10, 2011 0 comments

Selamat Hari Guru buat semua pendidik dan bakal pendidik SMK KALUMPANG yang memiliki prinsip dan keikhlasan dalam mendidik generasi hari ini dan akan datang supaya menjadi golongan terdidik dan generasi bertaqwa. Terutama kepada guru-guru di pedalaman berpisah anak isteri serta keluarga tercinta kerana mempertahankan prinsip dan aqidah perjuangan. Moga Allah akan membalas segala pengorbanan.Kepada semua pendidik marilah bersama kita menggerak perubahan menentang segala kemungkaran dan kebatilan.SELAMAT HARI GURU............

| edit post

Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2010

Posted by WebMaster Sunday, March 27, 2011 0 comments


Guru - guru SMK Kalumpang mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM baru-baru ini.

Senarai pelajar cemerlang SPM 2010
1. MAH MEI CHIN - 7A
2. ELYA SYAZWANI - 6A
3. M. LUQMAN - 6A
4. KOMATHI - 5A
5. FATIN ATHIRAH - 5A
6. M. HANIF - 5A
7. NURSYAFIZA - 5A
8. GUNAWATHY - 5A
9. NOORIRWARNI - 5A
10.MUMINAH - 5A

| edit post

MAJLIS PERSARAAN EN. SAPIE BIN MANAN

Posted by WebMaster Wednesday, March 23, 2011 0 comments


Majlis jamuan bagi mengenang jasa En. Sapie bin Manan telah diadakan pada 23 March 2011 di Dewan Sekolah . Beliau akan berpencen dan menamatkan perkhidmatan di SMK Kalumpang merupakan seorang pekerja yang cekap dan baik hati. En. Sapie panggilan mesra Pie merupakan pembantu makmal yang berpengalaman. Beliau mula bekerja di sekolah ini sejak dari tahun 1996. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Semoga panjang umur dan sihat selalu.

| edit post

| edit post

SUKAN TAHUNAN SMK KALUMPANG 2011

Posted by WebMaster Saturday, March 5, 2011 0 comments

Warga SMKKL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, murid dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Temasya Sukan Sekolah 2011 pada hari Sabtu 5/3/2011. Sekian terima kasih. Jumpa lagi tahun hadapan.

| edit post