Peperiksaan PMR

Posted by WebMaster Monday, September 12, 2011 0 comments

Assalamualaikum . Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR khabarnya tidak lama lagi akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lain, baguslah tu.

Peperiksaan PMR 2011 sebenar akan dilansungkan pada 4 – 11 Oktober 2011. Calon-calon PMR mempunyai baki 2minggu lebih untuk memperbaiki kelemahan selepas Peperiksaan Percubaan. Kalau ikut pengalaman aku dahulu biasanya Peperiksaan Percubaan ini soalannya lebih susah dari peperiksaan sebenar dan seharusnya keputusan sebenar akan lebih baik daripada keputusan percubaan.

Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Pesan Guru SMK Kalumpang supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon PMR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan

Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :
4/10/2011 :
• Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
• Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
• Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)
5/10/2011 :
• Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
• Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
• Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
6/10/2011 :
• Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
• Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
• Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)
10/10/2011 :
• Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
• Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
• Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)
11/10/2011 :
• Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
• Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
• Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

| edit post