Ucapan Tahniah

Posted by WebMaster Sunday, December 27, 2009 1 comments

Tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR . Kejayaan anda menjadi kebanggaan guru- guru SMK Kalumpang.

| edit post

Selamat Pengantin Baru

Posted by WebMaster Friday, December 18, 2009 0 comments

Warga SMK Kalumpang mengucapkan tahniah kepada Cikgu Abdullah dan Cikgu Hjh. Zawifatul kerana menerima menantu pada 19hb Dis. 2009.Marilah kita datang beramai- ramai meraikan majlis yang bersejarah ini.

| edit post

SELAMAT BERCUTI

Posted by WebMaster Monday, November 30, 2009 0 comments

Kepada semua guru- guru SMK Kalumpang diucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Kembali bertugas semula pada tahun hadapan. Buat ingatan mesyuarat guru pertama ialah pada 28hb Disember 2009.

| edit post

PEPERIKSAAN SPM 2009

Posted by WebMaster Monday, November 16, 2009 0 comments

17hb Nov 2009 - Guru -guru SMK Kalumpang mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua pelajar Tingkatan Lima. Cikgu Rosman dan Cg Rubiah mengharapkan pelajar MPV(TM) supaya bersedia dalam peperiksaan TM pada 16hb Dis 2009. SELAMAT BERJAYA !!

| edit post

16hb NOV. 2009 - Satu Majlis Restu telah diadakan di kantin pada pukul 11.00 pagi.Semua pelajar Tingkatan Lima berkumpul di kantin bersama- sama guru yang mengajar Tingkatan Lima. Majlis ini dimulakankan dengan bacaan doa dan diakhiri dengan memohon restu bersama guru mata pelajaran serta bermaaf- maafan. SEMOGA PELAJAR T5 MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM.

| edit post

16hb Nov. 2009- Satu upacara menghargai jasa pelajar yang cemerlang dalam ko kurikulum telah di adakan di tapak perhimpunan pada pukul 7.30 pagi. Beberapa orang pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam berbagai bidang telah menerima hadiah daripada Guru Penolong Koko dan Puan Pengetua. Diharapkan Hari Anugerah ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar- pelajar lain untuk menyumbang tenaga untuk mengharumkan nama sekolah SMK Kalumpang.

| edit post

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Posted by WebMaster Sunday, October 25, 2009 0 comments

Peperiksaan akhir tahun bermula 26/10/2009. Semoga pelajar- pelajar mendapat keputusan yang cemerlang .

| edit post

PROGRAM HARIRAYA DAN RIMUS

Posted by WebMaster Thursday, October 22, 2009 0 comments

22hb. 10. 2009 sata perayaan Hari Raya dan RIMUS telah diadakan. Selamat Menjamu selera kepada warga pendidik dan staf sekolah.

| edit post
Posted by WebMaster Sunday, October 11, 2009 0 comments


Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang telah dibuka dengan rasminya 25 Jun 1982. Bangunan ini terletak di atas tanah bekas lombong bijih timah yang telah ditimbus. Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan projek rumah murah PKNS dan juga terletak kira-kira 300m dari jalan raya utama Kuala Lumpur-Ipoh. Sekolah ini juga terletak kira-kira 7km dari bandar Tanjong Malim. Keluasan kawasan sekolah ini 97452 persegi.

Pada permulaan pembukaan sekolah terdapat 9 orang tenaga pengajar, 4 orang pekerja dan 154 orang pelajar sahaja. Dari tahun 1982 hingga 1990 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah kerana hanya terdapat murid peralihan hingga tingkatan 3 sahaja. Mulai persekolahan dari tahun 1990-1991 sebuah kelas tingkatan 4 Sastera telah ditubuhkan.

Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. Md. Haniff bin Taif. Semasa beliau mula berkhidmat, sekolah ini mempunyai 4 blok banggunan yang mengandungi 1 blok kantin, 1 blok kelas Seni Perusahaan, 2 bilik bangunan untuk bilik darjah dan 1 bilik Pusat Sumber manakala 1 blok lagi mengandungi pejabat, beberapa buah bilik darjah dan bilik guru.

Kini selari dengan hasrat dan keperluan dalam bidang pendidikan, SMK Kalumpang juga tidak ketinggalan terutamanya dalam aspek kemudahan prasarana. Pada tahun 2003 terdapat tambahan 2 bilik bangunan baru 3 tingkat yang menempatkan pelajar-pelajar menengah rendah (1-2) dan juga blok bagi pelajar menengah atas (3-5). Satu blok makmal Sains telah dibina bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar aliran Sains SPM yang mengandungi Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Makmal Kimia. Bagi kemudahan pelajar-pelajar Islam, satu blok surau juga telah dibina. Selain itu, satu blok Makmal komputer telah dibina bagi meningkatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan tempat kereta telah diperbesarkan bagi menampung keperluan pertambahan guru-guru SMK Kalumpang.

| edit post

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Posted by WebMaster Monday, October 5, 2009 0 comments

SEMUA...SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN SEMUGA PELAJAR2 MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN PMR & SPM 2009...AMIN...

| edit post

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H

Posted by WebMaster Tuesday, September 15, 2009 0 comments

Selamat Hari Raya AIDILFITRI untuk warga SMK Kalumpang terutama pelajar-pelajar dan guru-guru. Maaf Zahir dan Batin.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Cikgu meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"

| edit post

Selamat Berpuasa

Posted by WebMaster Wednesday, September 2, 2009 0 comments

03hb Sept. 2009 : Kepada warga SMKKL yang beragama Islam Selamat Berpuasa.Semoga mendapat keberkatan.

| edit post

Pertukaran Guru 2009

Posted by WebMaster Monday, August 17, 2009 0 comments

18hb Ogos 2009- Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2009. Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Sekian dimaklumkan.

| edit post

18hb Ogos 2009- Pelancaran dilakukan oleh Pengetua Pn. Hjh. Ros bt. Yusof. Objektif pelancaran adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang erti kemerdekaan. Acara yang telah diadakan :
i. Nyanyian lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Selangor
iii. Pidato oleh En. Ahmad Razi b. Abd Halim (UPSI)
iv. Deklamasi Sajak oleh Cik Siti Hafidah bt. Sufiran (UPSI)
v. Nyanyian Lagu Patriotik oleh Cik Nurul Hafida bt. Barkhia
(UPSI)

Pada keseluruhannya,objektif sambutan majlis tersebut berjaya dicapai.Kegembiraan dan kepuasan terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru.

| edit post

18 Ogos 2009 - Pelajar tingkatan 3 mula menjalani peperiksaan percubaan PMR. Diharapkan pelajar menjawab dengan bersungguh-sungguh . Kami warga SMK Kalumpang mengucapkan Selamat Berjaya dengan cemerlang.

| edit post

TUNAS OLIMPIK MUDA

Posted by WebMaster Monday, August 10, 2009 0 comments

Selasa 11 Ogos - SMK Kalumpang telah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Tunas Olimpik Muda peringkat negeri Selangor. Kejohanan bermula pada hari Juumaat hingga hari Sabtu. Setiap daerah menghantar 20 peserta. Peserta yang terlibat berumur 14 tahun ke bawah.

| edit post