SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM `10

Posted by WebMaster Sunday, November 14, 2010 0 comments



Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 bakal berlangsung tidak lama lagi. Seluruh warga SMK Kalumpang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada pelajar tingkatan 5. Warga guru-guru mendoakan agar pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan membantu sekolah muncul antara sekolah yang dapat meningkatkan prestasi.

Tips untuk menghadapi peperiksaan :-
1- Control macho walaupun dalam keadaan gelabah, jangan teruskan study last-last minute ( jangan nyusahkan otak anda untuk terus menghafal waktu-waktu kritikal)

2- Sila refer guru untuk teknik menjawab soalan lepas, macam mana nak score markah walaupun tak tahu nak jawab.

3- Untuk soalan spot jangan mengharap sangat, nanti akan terlopong jikalau tak masuk. Tapi bersedia juga untuk bab-bab penting.

4-pastikan pembelian pensel, pemadam, pembaris or sebagainya lebih awal nanti kedai tutup, or penjual kehabisan stok macamana menangislah pinjam pensel adik korang.

5- Pastikan IC & slip Exam sentiasa bersama anda, walaupun masuk tidur.

6- Tetap solat hajat, taubat, istikharah untuk pastikan Allah sentiasa bersama anda. ada satu cerita bagaimana kawan ana dapat ilham sewaktu dia blank nak jawab soalan karangan , tiba-tiba di hadapan dia terdapat satu karangan seperti skrin , apalagi dia salin terus. Alhamdulillah dia dapat A untuk paper tersebut.

7- Doa dan selawat jangan dilupakan. Paling penting keredhaan ibubapa tu tak leh nak lupakan. Biar jahat mana pun kita tapi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan cium tangan ibu ayah minta maaf kat depa.

| edit post