Pertukaran Guru 2009

Posted by WebMaster Monday, August 17, 2009 0 comments

18hb Ogos 2009- Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2009. Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”). http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Sekian dimaklumkan.

| edit post

18hb Ogos 2009- Pelancaran dilakukan oleh Pengetua Pn. Hjh. Ros bt. Yusof. Objektif pelancaran adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang erti kemerdekaan. Acara yang telah diadakan :
i. Nyanyian lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Selangor
iii. Pidato oleh En. Ahmad Razi b. Abd Halim (UPSI)
iv. Deklamasi Sajak oleh Cik Siti Hafidah bt. Sufiran (UPSI)
v. Nyanyian Lagu Patriotik oleh Cik Nurul Hafida bt. Barkhia
(UPSI)

Pada keseluruhannya,objektif sambutan majlis tersebut berjaya dicapai.Kegembiraan dan kepuasan terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru.

| edit post

18 Ogos 2009 - Pelajar tingkatan 3 mula menjalani peperiksaan percubaan PMR. Diharapkan pelajar menjawab dengan bersungguh-sungguh . Kami warga SMK Kalumpang mengucapkan Selamat Berjaya dengan cemerlang.

| edit post

TUNAS OLIMPIK MUDA

Posted by WebMaster Monday, August 10, 2009 0 comments

Selasa 11 Ogos - SMK Kalumpang telah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Tunas Olimpik Muda peringkat negeri Selangor. Kejohanan bermula pada hari Juumaat hingga hari Sabtu. Setiap daerah menghantar 20 peserta. Peserta yang terlibat berumur 14 tahun ke bawah.

| edit post