PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Posted by WebMaster Sunday, October 25, 2009 0 comments

Peperiksaan akhir tahun bermula 26/10/2009. Semoga pelajar- pelajar mendapat keputusan yang cemerlang .

| edit post

PROGRAM HARIRAYA DAN RIMUS

Posted by WebMaster Thursday, October 22, 2009 0 comments

22hb. 10. 2009 sata perayaan Hari Raya dan RIMUS telah diadakan. Selamat Menjamu selera kepada warga pendidik dan staf sekolah.

| edit post
Posted by WebMaster Sunday, October 11, 2009 0 comments


Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang telah dibuka dengan rasminya 25 Jun 1982. Bangunan ini terletak di atas tanah bekas lombong bijih timah yang telah ditimbus. Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan projek rumah murah PKNS dan juga terletak kira-kira 300m dari jalan raya utama Kuala Lumpur-Ipoh. Sekolah ini juga terletak kira-kira 7km dari bandar Tanjong Malim. Keluasan kawasan sekolah ini 97452 persegi.

Pada permulaan pembukaan sekolah terdapat 9 orang tenaga pengajar, 4 orang pekerja dan 154 orang pelajar sahaja. Dari tahun 1982 hingga 1990 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah kerana hanya terdapat murid peralihan hingga tingkatan 3 sahaja. Mulai persekolahan dari tahun 1990-1991 sebuah kelas tingkatan 4 Sastera telah ditubuhkan.

Pengetua pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah En. Md. Haniff bin Taif. Semasa beliau mula berkhidmat, sekolah ini mempunyai 4 blok banggunan yang mengandungi 1 blok kantin, 1 blok kelas Seni Perusahaan, 2 bilik bangunan untuk bilik darjah dan 1 bilik Pusat Sumber manakala 1 blok lagi mengandungi pejabat, beberapa buah bilik darjah dan bilik guru.

Kini selari dengan hasrat dan keperluan dalam bidang pendidikan, SMK Kalumpang juga tidak ketinggalan terutamanya dalam aspek kemudahan prasarana. Pada tahun 2003 terdapat tambahan 2 bilik bangunan baru 3 tingkat yang menempatkan pelajar-pelajar menengah rendah (1-2) dan juga blok bagi pelajar menengah atas (3-5). Satu blok makmal Sains telah dibina bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar aliran Sains SPM yang mengandungi Makmal Biologi, Makmal Fizik dan Makmal Kimia. Bagi kemudahan pelajar-pelajar Islam, satu blok surau juga telah dibina. Selain itu, satu blok Makmal komputer telah dibina bagi meningkatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan tempat kereta telah diperbesarkan bagi menampung keperluan pertambahan guru-guru SMK Kalumpang.

| edit post

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Posted by WebMaster Monday, October 5, 2009 0 comments

SEMUA...SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN SEMUGA PELAJAR2 MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN PMR & SPM 2009...AMIN...

| edit post