SELAMAT HARI GURU 2010

Posted by WebMaster Tuesday, May 18, 2010 0 comments


Salam semua. Pada tahun ini sekali lagi kita berpeluang meraikan sambutan Hari Guru di negara ini. Jadi dalam kesempatan ni, saya juga mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, tidak kira di mana juga bertugas. Tiada apa yang mampu saya berikan melainkan ucapan jutaan terima kasih di atas didikan kalian. Semoga jasa-jasa para pendidik diberkati olehNya.

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

| edit post