Sekalung tahniah diucapkan di atas kejayaan anda kerana mengikut laporan Puan Pengetua SMK Kalumpang ,Hajah Ros bt. Yusoff , beliau berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.
Tanpa kesabaran, semangat jitu, tidak mudah putus asa dan kaedah pembelajaran yang berkesan serta sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, anda tidak mungkin mencapai kejayaan sepertimana anda miliki pada hari ini.
“Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah”.
“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Namun bagi calon yang kurang bernasib baik, anda jangan putus asa, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sebagai hamba Allah, kita mesti redha dengan apa yang kita perolehi pada hari ini.
Kesenangan atau kesusahan, kerjayaan atau kegagalan, semuanya adalah ketentuan ILAHI. DIAlah yang menentukan nasib seseorang sejak azali lagi. Namun nasib itu akan berubah apabila kita sentiasa bermohon dan tidak berputus asa berusaha dan berdoa kepada-NYA. Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum (seseorang) itu kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Maka setelah kita berusaha, maka bertawakkallah kepada Alah SWT.
Akhir kalam, cikgu ingin mengingatkan agar jadikalah kejayaan pada hari ini sebagai langkah pertama untuk melangkah kepada kejayaan yang seterusnya kerana perjalanan anda masih jauh lagi. Hiasilah langkah-langkah seterusnya dengan keimanan dan ketakwaan kepada-NYA. Insyaallah kejayaan tetap menjadi milik anda. Setiap kejayaan yang anda perolehi akan membuatkan hati kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan gembira selalu.
Pada Hari Khamis, 11 March 2010, Hari Sukan Tahunan SMK Kalumpang telah berlansung dengan meriah sekali. Acara yang dijalankan di Padang Sekolah ini telah disertai oleh semua murid SMK. Majlis yang diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa yang ramai memberi sokongan kepada anak masing-masing. Koperasi Sekolah juga turut membuka gerai jualan mereka bagi murid- murid sekolah. Majlis yang dimulakan dengan pembarisan hormat semua rumah sukan iaitu Hijau,Biru dan Kuning serta badan Merah. Selepas Ikrar yang diketuai oleh Tokoh Sukan Sekolah maka bermula persaingan di belapan.
Pada 22.01.2010, Jumaat berlangsung acara merentas desa yang dijalankan di jalan raya. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Azami yang menyentuh tenang laluan, peraturan dan juga aspek keselamatan ketika berlari di jalan raya. Guru UPSI juga turut membantu guru-guru untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.
Setelah acara tamat, semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan untuk acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penyampaian piala dan medal telah disempurnakan oleh Puan Pengetua dan PK HEM. Walaupun pelajar penat menghabiskan larian mereka, terpancar di wajah mereka keriangan dan keseronokan pada majlis tersebut. Masing-masing telah memberikan sokongan padu kepada para pemenang yang mewakili rumah masing-masing. Rumah Merah telah menjadi johan pada tahun ini.Tahniah
Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 1 dan 4 yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kami guru smk kalumpang mendoakan kejayaan anda semua.
SMK Kalumpang mengucapkan selamat datang kepada guru- guru yang baru bertukar ke sekolah ini. Semoga kedatangan anda memberi sinar baru kepada anak didik di sini.
Tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam PMR . Kejayaan anda menjadi kebanggaan guru- guru SMK Kalumpang.
Warga SMK Kalumpang mengucapkan tahniah kepada Cikgu Abdullah dan Cikgu Hjh. Zawifatul kerana menerima menantu pada 19hb Dis. 2009.Marilah kita datang beramai- ramai meraikan majlis yang bersejarah ini.





