Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2010

Posted by WebMaster Sunday, March 27, 2011 0 comments


Guru - guru SMK Kalumpang mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM baru-baru ini.

Senarai pelajar cemerlang SPM 2010
1. MAH MEI CHIN - 7A
2. ELYA SYAZWANI - 6A
3. M. LUQMAN - 6A
4. KOMATHI - 5A
5. FATIN ATHIRAH - 5A
6. M. HANIF - 5A
7. NURSYAFIZA - 5A
8. GUNAWATHY - 5A
9. NOORIRWARNI - 5A
10.MUMINAH - 5A

| edit post

MAJLIS PERSARAAN EN. SAPIE BIN MANAN

Posted by WebMaster Wednesday, March 23, 2011 0 comments


Majlis jamuan bagi mengenang jasa En. Sapie bin Manan telah diadakan pada 23 March 2011 di Dewan Sekolah . Beliau akan berpencen dan menamatkan perkhidmatan di SMK Kalumpang merupakan seorang pekerja yang cekap dan baik hati. En. Sapie panggilan mesra Pie merupakan pembantu makmal yang berpengalaman. Beliau mula bekerja di sekolah ini sejak dari tahun 1996. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Semoga panjang umur dan sihat selalu.

| edit post

| edit post

SUKAN TAHUNAN SMK KALUMPANG 2011

Posted by WebMaster Saturday, March 5, 2011 0 comments

Warga SMKKL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, murid dan ibu bapa yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Temasya Sukan Sekolah 2011 pada hari Sabtu 5/3/2011. Sekian terima kasih. Jumpa lagi tahun hadapan.

| edit post

SELAMAT DATANG

Posted by WebMaster Sunday, January 9, 2011 0 comments


Sesi persekolahan tahun 2011 telah bermula. Bagi pelajar peralihan, tingkatan satu dan tingkatan empat, satu program orientasi telah dijalankan dengan matlamat untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru disamping memperkenalkan sekolah terutamanya kepada pelajar-pelajar peralihan dan tingkatan satu. Bagi pelajar tingkatan empat pula, fokus program orientasi ini lebih tertumpu kepada pendedahan pakej subjek yang akan ditawarkan. Program orientasi ini telah berjalan dari 3 Januari hingga 5 Januari 2011. Setinggi penghargaan kepada semua guru yang telah membantu menjayakan program ini terutamanya pihak kaunselor sekolah yang telah memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga para pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini.

| edit post

Selamat Menyambut Tahun 2011 Selamat Kembali Ke Sekolah

Posted by WebMaster Saturday, January 1, 2011 0 comments


Selamat Menyambut Tahun 2011 Selamat Kembali Ke Sekolah ...
Pelajar Cemerlang PMR 2010 TAHNIAH

| edit post

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM `10

Posted by WebMaster Sunday, November 14, 2010 0 comments



Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 bakal berlangsung tidak lama lagi. Seluruh warga SMK Kalumpang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada pelajar tingkatan 5. Warga guru-guru mendoakan agar pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan membantu sekolah muncul antara sekolah yang dapat meningkatkan prestasi.

Tips untuk menghadapi peperiksaan :-
1- Control macho walaupun dalam keadaan gelabah, jangan teruskan study last-last minute ( jangan nyusahkan otak anda untuk terus menghafal waktu-waktu kritikal)

2- Sila refer guru untuk teknik menjawab soalan lepas, macam mana nak score markah walaupun tak tahu nak jawab.

3- Untuk soalan spot jangan mengharap sangat, nanti akan terlopong jikalau tak masuk. Tapi bersedia juga untuk bab-bab penting.

4-pastikan pembelian pensel, pemadam, pembaris or sebagainya lebih awal nanti kedai tutup, or penjual kehabisan stok macamana menangislah pinjam pensel adik korang.

5- Pastikan IC & slip Exam sentiasa bersama anda, walaupun masuk tidur.

6- Tetap solat hajat, taubat, istikharah untuk pastikan Allah sentiasa bersama anda. ada satu cerita bagaimana kawan ana dapat ilham sewaktu dia blank nak jawab soalan karangan , tiba-tiba di hadapan dia terdapat satu karangan seperti skrin , apalagi dia salin terus. Alhamdulillah dia dapat A untuk paper tersebut.

7- Doa dan selawat jangan dilupakan. Paling penting keredhaan ibubapa tu tak leh nak lupakan. Biar jahat mana pun kita tapi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan cium tangan ibu ayah minta maaf kat depa.

| edit post