SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Posted by WebMaster Tuesday, October 19, 2010 0 comments



Kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 SMK Kalumpang

| edit post

Selamat menghadapi peperiksaan pmr

Posted by WebMaster Wednesday, October 6, 2010 0 comments

Kepada murid- murid yang akan menduduki peperiksaan PMR yang bermula hari ini harap sudahpun bersedia dari segi mental dan fizikal.Kepada yang masih tercari-cari soalan2 percubaan pmr tahun lepas bolehlah cek dibawah.Haa..takkan baru last minute baru berhabis belajar?..Apapun good luck kepada semua.

Saya nak share satu petua sebelum memulakan peperiksaan,iaitu jangan panik dan gemuruh ketika dalam dewan peperiksaan sebab bila dah panik semua benda akan lupa dan pastikan bawa semua kelengkapan peperiksaan.Yang paling penting kena bawa sebotol air masak.

| edit post

Kursus Data Daerah Hulu Selangor 2010 di P. Pangkor

Posted by WebMaster Wednesday, September 29, 2010 0 comments




27-30.09.2010 : Seramai 50 guru Data Daerah Hulu Selangor telah berkhusus di Coral Bay Resort,Pulau Pangkor, Perak. Seramai 50 orang guru Hulu Selangor telah menyertai khusus ini. Guru Data SMK Kalumpang juga turut serta.
Antara Objektif Kursus ini ;
1. Memberi kemahiran guru- guru data membuat Quiry berdasarkan aplikasi
2. Memberi pendedahan kepada guru data membuat semakan berdasarkan Utiliti
3. Memberi kemahiran guru data dan memperbetulkan data yang mengandungi ralat

Antara Fasilitator ;
1. Mohd. Zakariah bin Hamzah (JPN Selangor)

| edit post

Salam Ramadan Al-Mubarak

Posted by WebMaster Monday, August 23, 2010 0 comments



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Firman ALLAH Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. [Surah Al-Baqarah Ayat 183]

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Keutamaan Puasa
Diantara keutamaan puasa adalah sebagai berikut :

1. Puasa merupakan perisai dari berbagai hawa nafsu.

2. Puasa sangat istimewa dihadapan ALLAH, karena setiap ibadah adalah untuk kepentingan seorang hamba kecuali puasa, sehingga Dia sendiri yang akan membalasnya.

3. Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama Al-Rayyaan.

4. Diantara doa yang mudah dikabulkan oleh ALLAH adalah doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka, atau pada saat berbuka.

5. Dari sisi jasmaniyah, puasa berupaya menjaga kesihatan

| edit post

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Posted by WebMaster Sunday, August 22, 2010 0 comments


Merdeka.. Merdeka… Merdekaaaa..... itulah laungan keramat yang bergema dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 23/08/2010 bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Walaupun dalam suasana bulan puasa, ini tidak menghalang warga SMK KALUMPANG meraikannya dengan cukup bersemangat. Acara dimulakan dengan nyanyian koir sekolah diiringi mainan keyboard oleh Puan Ng. Nyanyian Lagu Merdeka turut menyemarakkan sambutan kali ini serta bacaan beberapa perutusan hari kemerdekaan. Pelbagai acara persembahan juga diadakan iaitu antaranya persembahan Sajak dll. Di akhir sambutan, telah diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi aktiviti yang telah diadakan sepanjang hari kemerdekaan di peringkat sekolah sebelum ini.

| edit post

Hari Terbuka Sekolah

Posted by WebMaster Wednesday, July 14, 2010 0 comments


KALUMPANG, 14 Julai 2010 : Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari Rabu yang permai kali ini, semua murid bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka.

Seawal jam 10 pagi, kenderaan ibubapa mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diringi para pelajar menuju ke bilik darjah di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan pertengahan tahun 2010 diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.

Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka sementelah masing-masing bakal menduduki peperiksaan awam yang dianggap besar dalam sistem persekolahan menengah di Malaysia iaitu PMR, SPM. Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.

Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SMK Kalumpang. Pihak pentadbiran juga mengambil langkah bijak dengan memberi peringatan serta menahan rekod keputusan peperiksaan para pelajar yang tidak hadir bersama ibubapa. Akhirnya, pada jam 12 tengahari guru-guru mula meninggalkan bilik kelas.

Di samping itu Koperasi Sekolah turut mengambil bahagian dengan mengadakan gerai- gerai jualan seperti laksa, burger serta minuman.

Di dewan sekolah diadakan Hari Kecemerlangan Pelajar. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 dan Pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM 2009 di jemput bersama ibubapa untuk menerima hadiah masing2.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG CEMERLANG!

| edit post

SELAMAT HARI GURU 2010

Posted by WebMaster Tuesday, May 18, 2010 0 comments


Salam semua. Pada tahun ini sekali lagi kita berpeluang meraikan sambutan Hari Guru di negara ini. Jadi dalam kesempatan ni, saya juga mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik, tidak kira di mana juga bertugas. Tiada apa yang mampu saya berikan melainkan ucapan jutaan terima kasih di atas didikan kalian. Semoga jasa-jasa para pendidik diberkati olehNya.

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

| edit post