Selamat Hari Guru 2012

Posted by WebMaster Friday, May 18, 2012 0 comments

Selamat Hari Guru 2012 kepada guru smk kalumpang. 16 Mei 2012 merupakan hari istimewa untuk guru-guru di Malaysia ni kerana esok merupakan Hari Guru. Mesti ramai yang tidak ingat tarikh Hari Guru ni kan terutamanya bagi mereka yang telah bekerja dan telah lama meninggalkan alam persekolahan ni. Aku sendiri pun hampir-hampir tak sedar esok adalah Hari Guru. Dari tadika, sekolah rendah masuk pula ke sekolah menengah sehingglah melangkah masuk ke kolej, agak-agak korang berapa ramai dah guru yang telahpun mendidik dan mencurahkan ilmunya pada korang semua? Sudah terlalu banyak ilmu yang telah diberi dan begitu besar pengorbanan mereka kepada anak bangsakan. Sejarah Hari Guru Kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia ni? Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Tema Hari Guru 2012 Tema Hari Guru tahun 2012 ni ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma dalam konteks mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara. Sempena menyambut Hari Guru esok, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi satu pegangan berguna kepada para pelajar untuk dijadikan panduan di masa hadapan kelak. Buat para guru pula, teruslah mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Selamat Hari Guru 2012

| edit post