JASAMU DIKENANG

Posted by WebMaster Thursday, April 29, 2010 0 comments

Kalumpang , 23 April, (SMKKL) – SMK Kalumpang mengadakan majlis perhimpunan khas untuk Puan Ros bt. Yusoff, yang akan bertukar ke SMK Ampang Pecah bermula 26 April. Majlis diadakan di Dataran Perhimpunan Jumaat lalu.
Pada majlis tersebut, seorang pelajar kelas 3 telah mendeklamasikan sebuah sajak yang ditujukan kepada Puan Ros, bertajuk `Salam Perpisahan, guruku’. Antara lain, sajak itu memaparkan sumbangan bakti Puan Ros di SMKKL dan harapan agar Puan Ros berjaya di tempat baru.
Dalam ucapannya, Penolong Kanan 1 SMKKL, En. Tajudin bin Yahya melahirkan penghargaan atas sumbangan Puan Ros dalam pentadbiran SMKKL dan menjayakan program-program sekolah sejak berada di SMKKL mulai tahun 2005. Beliau berharap agar Puan Ros dapat terus memberikan sumbangan bermakna untuk sekolah dan dunia pendidikan amnya.
Puan Ros dalam ucapannya pula berterima kasih kepada seluruh warga SMKKL kerana memberi layanan baik kepadanya selama di SMKKL dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar SMKKL.

Cenderamata telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, PK HEM dan PK KOKO serta para pelajar. Selesai majlis, pada pukul 10.00 pagi diraikan guru-guru dengan jamuan yang disediakan oleh Koperasi Sekolah. Pelbagai juadah lazat dihidangkan, antaranya laksa Kedah,roti jala, aneka kuih-muih, buah-buahan dan minuman.

Anak kelahiran Melaka, Puan Ros memulakan kariernya sebagai guru di SMK. Dato' Onn, Butterworth. Beliau mendapat ijazah Sains Kemanusiaan pada tahun 1978.Hobi beliau adalah menulis buku, fotografi dan membaca buku.

| edit post